Susulan protes yang mula merebak ke bandar-bandar utama, China pada Sabtu bertindak mengumumkan kelonggaran sekatan COVID-19 yang dikenakan ke atas rakyatnya.
Ia termasuk tidak lagi mewajibkan keputusan ujian COVID-19 negatif untuk menaiki pengangkutan awam bagi bandar utama seperti Shenzhen dan Beijing bermula 5 Disember.